Berita Auto

Tawaran Istimewa Tiga Unit Kenderaan Elektrik Sepenuhnya Renault ZOE Sempena Hari Sifar Emisi

Sempena sambutan Hari Sifar Emisi pada hari ini, TC Euro
Cars, pemegang tunggal francais kenderaan Renault di Malaysia menawarkan satu promosi
istimewa untuk tiga unit kenderaan elektrik sepenuhnya, Renault ZOE.
Promosi itu menawarkan rebat menarik sebanyak RM18,000 ke atas Renault ZOE serta keahlian
percuma ChargEV selama tiga tahun. Ia membolehkan pelanggan untuk mengecas Renault ZOE
di mana-mana stesen pengecasan awam yang sah. Rangkaian ChargEV yang terus berkembang
kini mempunyai lebih daripada 150 buah stesen di seluruh negara.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Renault ZOE yang 100% elektrik dijual pada harga RM145,888 – ia dilihat sebagai satu tawaran
yang bagus memandangkan harganya telahpun dikecualikan daripada cukai. Dengan
penambahan rebat, ZOE kini hanya berharga RM127,888. Satu unit pengecas 3.6 kWh Delta
yang dipasang pada dinding turut termasuk dalam pembelian Renault ZOE.
“Perubahan global kea rah kenderaan 100% elektrik dilihat semakin berkembang berikutan
kebimbangan ke atas aspek kelestarian, pemuliharaan alam sekitar dan pengurangan sumber
bahan api fosil. Hari Emisi Sifar menyediakan peluang terbaik untuk semua orang meraikan
inovasi manusia. Pada masa yang sama memberi kesedaran bagaimana mereka boleh terus
menyumbang dalam memastikan dunia yang lebih mapan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TC
Euro Cars Sdn Bhd, Kuan Kim Luen.
“Bagi menyokong pergerakan ini, kami percaya bahawa rakyat Malaysia yang mesra alam akan
menghargai dan mengambil peluan atas tawaran eksklusif ini untuk memiliki sebuab Renault ZOE.
Seterusnya menjadi sebahagian daripada perubahan kea rah dunia yang lebih mesra alam,” kata
Kuan.
Penyelesaian Renault untuk mobiliti Sifar Emisi
Direka sepenuhnya sebagai sebuah kenderaan elektrik sebenar, Renault ZOE tidak mengeluarkan
sebarang gas CO2, NOx, CO atau partikel-partikel halus. Ia juga tidak menghasilkan bau yang
tidak menyenangkan atau bunyi enjin ketika dipandu.
Renault ZOE ialah sebuah hatchback lima pintu kompak yang kemas. Garis badannya
menyerlahkan teknologi termaju dan gayaan automotif utama.
Pemanduannya yang lincah dan dinamik menjanjikan keseronokan. Rim aloi bersaiz 16 inci dan
perkadaran kontemporari membuatkan Renault ZOE sebuah kereta yang menarik dan
meyakinkan.
Di ruang kabin, Renault ZOE menyerlahkan karekternya yang moden dan eco menerusi skim
warna terang yang melambangkan kebersihan. Papan pemukanya direka bentuk agar menyerupai
sebuah bilah turbin angin.
Pecutan dan kuasa tarikan Renault ZOE cukup responsif pada kelajuan rendah. Pemanduan juga
lebih tenang, terima kasih kepada pecutan tanpa gear yang senyap dan lancar itu. Motor elektrik
segerak dengan gegelung rotor menawarkan kuasa maksimum 88PS dari 3,000 hingga
11,300rpm, selain tork puncak 220Nm dari serendah 250rpm.

Dikuasakan oleh bateri lithium-ion 22kWh, tempoh mengecas penuh ZOE adalah di antara empat
jam menggunakan pengecas pantas 7kW sehinggalah sembilan jam untuk pengecas biasa 3.6kW.
Apabila dicaj penuh, Renault ZOE mempunyai jarak pemanduan sejauh 210km (berdasarkan
kepada kitaran NEDC).
Renault ZOE dilengkapi paparan skrin sentuh Renault R-Link bersaiz tujuh inci dengan
ketersambungan USB, kit Bluetooth bebas tangan dan pemain muzik. Di samping sistem
kemasukan tanpa kunci dengan pintu akan dikunci secara automatik dan soket kuasa 12V sebagai
ciri standard.
Ia juga hadir dengan kawalan jelajah, pengehad kelajuan, kawalan suhu automatik bersama alat
pengesan suhu dan kelembapan, penggilap cermin dan lampu utama automatik serta lampu
nyalaan siang.
Ruang penyimpanan barangnya luas dengan kapasiti 338 liter dan boleh ditambah menjadi 1,225
liter apabila tempat duduk belakang dilipat.
Ciri keselamatan standard termasuklah empat beg udara – dua di hadapan dan dua di bahagian
kepala / dada pemandu dan penumpang, ABS dengan EBD, ESC dan ASR, tali pinggang keledar
tiga poin boleh laras ketinggian bersama ciri pra-regangan, cagak tempat duduk kanak-kanak
ISOFIX pada tempat duduk belakang serta kerusi penumpang hadapan.
Mereka yang berminat untuk memiliki Renault ZOE boleh menghubungi Pasukan Korporat TC
Euro Cars – Ms Esther Chiah di talian: 03-7956 1044 (ext. 420) atau e-mel ke:
tcec.bdv@tanchonggroup.com.
Maklumat lanjut mengenai Renault di Malaysia, sila layari laman web www.renault.com.my atau
www.facebook.com/RenaultMalaysia.

RENAULT ZOE (B10) - PHASE 1

 

 

Previous post

Siri jelajah tunggang uji Kawasaki di Johor Bahru hujung minggu ini

Next post

Toyota 86 Edisi Khas "GR"

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *