Berita Auto

Tawaran istimewa untuk Renault ZOE sempena Hari Sifar Emisi

Sempena sambutan Hari Sifar Emisi, TC Euro Cars, pemegang tunggal francais kenderaan Renault di Malaysia menawarkan satu promosi istimewa untuk tiga unit kenderaan elektrik sepenuhnya, Renault ZOE.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Promosi itu menawarkan rebat menarik sebanyak RM18,000 ke atas ZOE serta keahlian percuma ChargEV selama tiga tahun. Ia membolehkan pelanggan untuk mengecas ZOE di mana-mana stesen pengecasan awam yang sah. Rangkaian ChargEV kini mempunyai lebih daripada 150 buah stesen di seluruh negara.

ZOE yang 100% elektrik dijual pada harga RM145,888 – ia dilihat sebagai satu tawaran yang bagus memandangkan harganya telah pun dikecualikan daripada cukai. Dengan penambahan rebat, ZOE kini hanya berharga RM127,888. Satu unit pengecas 3.6 kWh Delta yang dipasang pada dinding turut termasuk dalam pembelian.

RENAULT ZOE (B10) - PHASE 1

Pecutan dan kuasa tarikan ZOE cukup responsif pada kelajuan rendah. Pemanduan juga lebih tenang, terima kasih kepada pecutan tanpa gear yang senyap dan lancar itu. Motor elektrik segerak dengan gegelung rotor menawarkan kuasa maksimum 88 PS dari 3,000 hingga 11,300 rpm, selain tork puncak 220 Nm dari serendah 250 rpm.

Dikuasakan oleh bateri lithium-ion 22 kWh, tempoh mengecas penuh ZOE adalah di antara empat jam menggunakan pengecas pantas 7 kW sehinggalah sembilan jam untuk pengecas biasa 3.6 kW. Apabila dicaj penuh, Renault ZOE mempunyai jarak pemanduan sejauh 210 km.

Previous post

Penetap-Rekod Bugatti Chiron Hyper GT

Next post

BMW 6 Series Gran Turismo, GT Yang Anda Tunggu-Tunggu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *