TC Euro Car Tawar Pakej Servis 5INCAPTUR Dan Rebat Untuk Renault Captur
TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal
kenderaan Renault di Malaysia mengumumkan pakej selepas jualan ‘5inCaptur’ baru untuk
crossover urban Renault Captur pemasangan tempatan.
Sebagai tambahan, rebat sebanyak RM5,000 turut ditawarkan sepanjang tempoh promosi yang
sedang berlangsung sekarang dan bakal berakhir pada 31 Oktober 2017.
Servis selepas jualan 5inCaptur diperkenalkan untuk menawarkan para pelanggan dengan
kemudahan dan lebih penjimatan selama lima tahun. Pakej tersebut merangkumi:
Servis dan penyelenggaraan percuma (alat ganti dan kos buruh) untuk lima tahun atau
perbatuan sehingga 100,000km, mana-mana tiba dahulu
Jaminan pengilang selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had
Bantuan tepi jalan 24 jam secara percuma 1
Perkhidmatan mengambil dan hantar untuk penyelenggaraan berjadual di pusat servis
Renault
Servis mobiliti dengan kereta gantian sekiranya alat ganti tidak boleh diperoleh untuk
tempoh 48 jam di pusat servis sah, bergantung kepada kebolehdapatan
Pakej servis ‘5inCaptur’ baharu mengikut pakej ‘5inFluence’ yang sudahpun ditawarkan kepada
para pemilik Fluence.
“Keyakinan dan ketenangan minda sepanjang tempoh pemilikan sangat penting buat kami. Dihasil
berdasarkan kepada pakej ‘5inFluence’ untuk para pelanggan Fluence yang cukup dihargai,
‘5inCaptur’ bertujuan menawarkan pengalaman pemilikan yang merangkumi aspek jaminan,
penyelenggaraan kenderaan dan kemudahan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars, Kuan
Kim Luen.
Direka untuk memikat hati
Renault Captur yang bergaya dan versatil menggabungkan semua aspek sebuah crossover urban
yang diharapkan oleh para pemandu moden. Gayaan luaran yang ekspresif, garis-garis badan
dinamik dan warna badan dua tona pastinya menarik perhatian di jalanan. Reka bentuk yang
kompak, posisi pemanduan bersama jarak kelegaan tanah yang tinggi dan rim bersaiz 17 inci
sememangnya ideal untuk mereka yang aktif serta berjiwa muda.
Di bahagian kabin, perincian yang diberi memastikan Renault Captur mesra penumpang. Tempat
duduknya dibalut dengan pelapik yang boleh dizip dan dibuka agar mudah dibasuh. Manakala
papan lantai but yang boleh diterbalikkan di antara karpet dan plastik sememangnya satu ciri yang
praktikal serta berguna dalam iklim tropika seperti Malaysia. Aspek keluasan kabin juga tidak
dikompromi dengan ruang but memiliki kapaiti 377 liter dan boleh ditambah menjadi 455 liter
apabila tempat duduk belakang itu digelongsor dan dilipat pada konfigurasi 60:40.
Prestasi dinamik dan penjimatan bahan api luar biasa dicapai menerusi penggunaan enjin
turbocharged TCe 120 yang yang mampu menjana tork lebih tinggi berbanding enjin aspirasi
biasa bersesaran 1.8L. Dipadankan dengan transmisi Efficient Dual Clutch (EDC) enam kelajuan,
Renault Captur menjanjikan kuasa maksimum 120PS pada 4,900rpm dan tork puncak 190Nm
yang boleh diperoleh pada 2,000rpm. Sekali gus menawarkan pecutan mantap daripada putaran
enjin yang rendah.
Pada masa yang sama, crossover lincah ini dapat menawarkan penjimatan bahan api luar biasa
sehingga 5.4L/100km 2 . Bukan itu sahaja, dengan menggunakan mode ECO Captur, pengguna
boleh mencapai penjimatan bahan api sehingga 10 peratus.
Ciri standard dan sistem keselamatan termasuklah lampu utaa serta penggilap cermin automatik,
MediaNav dengan skrin sentuh bersaiz 7 inci, navigasi, kamera undur, kemasukan tanpa kunci,
butang penghidup enjin, empat beg udara (dua di hadapan dan dua di bahagian kepala/thoraks),
Electronic Stability Control (ESC) dengan kawalan cengkaman dan Hill Start Assist.
Harga dan Kebolehdapatan
Sebagai model pemasangan tempatan dan menerima penarafan EEV (Kenderaan Cekap
Tenaga), Renault Captur ditawarkan pada harga RM109,000 (di atas jalan termasuk GST, tanpa
insurans untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia).
Renault Captur hadir dalam empat pilihan warna dua tona yang menaik iaitu:
· Warna baru – Merah Flame Red (badan) / hitam (Diamond Black) pada bumbung;
tambahan sebanyak RM900 merangkumi plat kaki dan bekas pada bahagian kargo
belakang Captur
· Oren (Arizona Orange) (badan) / Hitam (Diamond Black) pada bumbung
· Biru (Pacific Blue) (badan) / putih (Ivory) pada bumbung
· Putih (Ivory) (badan) / Hitam (Diamond Black) pada bumbung
Maklumat lanjut tentang Renault di Malaysia, sila layari laman web www.renault.com.my atau
www.facebook.com/RenaultMalaysia.
No Comment