TCEC Dan Renault Adakan Kempen Servis Brek & Peringatan Pandu Selamat
Sempena cuti umum yang akan berlangsung tidak lama lagi, TC Euro Cars (TCEC) menawarkan satu kempen servis ke atas alat ganti brek dan kos buruh kepada para pelanggan Renault. Sekali gus mengingatkan seluruh rakyat Malaysia supaya kekal selamat di atas jalan raya.
Brek ialah komponen kenderaan yang penting kerana brek rosak menjadi salah satu punca utama berlakunya kemalangan yang serius. Penting buat para pemandu untuk sentiasa memeriksa brek kereta mereka. Sebelum memulakan perjalanan yang jauh, mereka perlu memastikan brek berada dalam keadaan baik. Langkah ini akan membolehkan mereka mengesan sebarang kerosakan lebih awal dan membaikinya. Seterusnya dapat mengelak daripada masalah yang lebih serius, mahal dan mungkin kehilangan nyawa akibat brek gagal berfungsi secara tiba-tiba.
Antara amaran yang perlu diperhatikan oleh pemandu yang mungkin menunjukkan brek kenderaan perlu diganti termasuklah:
- Brek perlu ditekan dengan lebih kuat berbanding biasa
- Kereta mengambil jarak lebih jauh sebelum berhenti apabila brek ditekan
- Pedal brek tenggelam apabila anda menekannya
- Pedal brek menjadi sangat keras dan sukar untuk ditekan
- Brek tangan tidak dapat dilepaskan dan kurang tarikan seperti biasa apabila dinaik atau diturunkan
Sebaiknya, ujian brek perlu dilakukan lebih awal sebelum memulakan perjalanan. Sekali seminggu sebelum memulakan perjalanan jauh di satu jalan yang selamat, kosong dan rata. Jika pemandu mengesan sebarang masalah atau rasa ragu-ragu dengan kondisi brek, mereka patut membawanya kepada mekanik bertauliah secepat mungkin. Jangan ambil risiko dengan memandu kenderaan sekiranya ada kemungkinan brek sudah rosak.
Kempen Servis Brek Renault melibatkan semua model Renault, kecuali kenderaan elektrik (EV) dan Koleos baharu. Kempen ini menawarkn pelanggan diskaun sebanyak 20 peratus ke atas beberapa alat ganti brek terpilih (pad, tapak dan cakera). Selain pengurangan 10 peratus ke atas kos buruh untuk kerja-kerja servis brek berkaitan. Manakala para pelanggan RENCARE akan menikmati tambahan diskaun 10 peratus ke atas kos buruh untuk pembaikan dan servis brek yang relevan.
Kempen ni sah mulai 1 September hingga 31 Oktober di semua 14 pusat servis sah Renault di seluruh negara.
Pada masa yang sama, TCEC dan Renault mengucapkan selamat menempuh perjalanan, serta kekal selamat dan peka di atas jalan sepanjang masa.
Keselamatan jalan raya merupakan salah satu aspek penting dalam budaya korporat Renault. Semua kenderaan Renault yang dijual di seluruh dunia dilengkapi pelbagai inovasi keselamatan penting. Ini termasuklah ciri-ciri pasif seperti perehat kepala anti-whiplash, tempat duduk anti-gelongsor dan perlindungan impak sisi. Di samping ciri-ciri keselamatan aktif seperti program kestabilan elektrobik (ESP) dengan kawalan cengkaman, prestasi brek optimum dengan ABS emergency brake assist (EBA) dan cagak ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak.
“Ketika Renault sentiasa membangunkan sistem keselamatan baharu yang bertujuan mengelakkan kemalangan dan melindungi penumpang kenderaan, mengamalkan tabiat pemanduan yang selamat dan bertanggungjawab juga sangat penting,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars Sdn. Bhd., Kuan Kim Luen.
Kajian terkini oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan bahawa 80.6 peratus kemalangan jalan raya di Malaysia disebabkan oleh kecuaian manusia. Misalnya, pengguna jalan raya mengabaikan peraturan lalu-lintas, melebihi has kelajuan dan bersikap cuai ketika berada di atas jalan raya.
Di sini ada beberapa peringatan penting daripada TCEC dan Renault supaya anda kekal selamat ketika berada di atas jalan raya sempena cuti tidak lama lagi.
- Pastikan anda mendapat tidur yang cukup pada malam sebelum memulakan perjalanan jauh dan makan snek atau hidangan sewajarnya sebelum bergerak.
- Berhenti dan berehat selepas setiap dua hingga tiga jam memandu, walaupun anda tidak rasa mengantuk.
- Simpan nombor bantuan kecemasan tepi jalan jika berlaku kecemasan. Untuk pemilik kenderaan Renault, talian tol percuma RENCARE ialah 1800-88-8663 (24 jam, 7 hari seminggu).
- Kalau boleh, pandu bergilir-gilir dengan orang lain. Ini membolehkan anda untuk sama-sama berjaga ketika memandu dan berehat tanpa perlu membuang masa. Jika anda memandu seorang diri, pasang radio atau dengar muzik untuk membantu anda kekal peka. Jika memandu seorang diri pada waktu malam, elakkan daripada menggunakan kawalan jelajah – fokus dalam mengekalkan kelajuan boleh membantu anda supaya tidak mengantuk.
- Jika anda terpaksa berhenti, pastikan anda berhenti di kawasan rehat khas. Jangan berhenti di tepi jalan atau di laluan kecemasan, walau apa pun alasannya, kecuali kecemasan.
- Aplikasi telefon pintar seperti Waze atau Google Maps sangat berguna untuk membantu anda mengelak daripada kesesakan jalan raya.
- Aplikasi GPS boleh gagal berfungsi atau ketersambungan internet mungkin tidak begitu bagus di kawasan-kawasan terpencil. Jadi, sila pastikan anda membawa peta yang bagus, manalah tahu anda mungkin memerlukannya nanti.
- Sebelum memulakan perjalanan jauh, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang baik – tayar cukup angin dan diservis, semua bendalir kenderaan berada dalam takat sebaiknya dan tangki minyak penuh.
- Jangan tunggu minyak berada di takat E sebelum mengisi semula tangki. Anda mungkin tidak tahu di mana stesen minyak seterusnya di jalan yang anda kurang biasa. Cara terbaik ialah mula mencari stesen minyak sebaik sahaja tangki tinggal suku sahaja lagi.
- Perkara ini mungkin tidak perlu diberitahu lagi, tetapi penting untuk diulangi: Pastikan semua orang di dalam kenderaan memakai tali pinggang keledar. Ia bukan sahaja memastikan keselamatan semua, malah mematuhi undang-undang.
Maklumat lanjut mengenai Renault di Malaysia, sila layari laman web: www.renault.com.my atau www.facebook.com/RenaultMalaysia.
No Comment