Toyota C-HR Akan Terus Dipamerkan Sepanjang Bulan September
Toyota C-HR telah menerima sambutan baik daripada orang ramai ketika ia dipamerkan di pelbagai lokasi termasuk bilik-bilik pameran Toyota terpilih, pusat membeli-belah serta di Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) yang diadakan di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada bulan lalu.
Bagi mengekalkan momentum serta menarik minat orang ramai, model tersebut akan terus dipamerkan sepanjang bulan September di lokasi-lokasi terpilih seperti yang tertera di bawah:
Tarikh | Venue |
6 – 10 Sept | One Utama (LG Oval) |
12 – 17 Sept | AEON Tebrau Johor Bahru (Centre Court) |
SUV kompak itu dikuasakan oleh enjin 1.8-liter Dual VVT-i yang dipadankan dengan CVT. Selain daripada kabin yang mewah, ia turut menampilkan ciri-ciri seperti Rear Cross Traffic Alert (RCTA), lampu lopak pada cermin sisi, lampu hadapan dengan fungsi Follow-me-Home.
Untuk maklumat lanjut, layari www.toyota.com.my dan laman Facebook Toyota Malaysia. Mereka yang berminat boleh juga boleh mendaftar untuk mendapatkan kemaskini berkenaan model tersebut.
No Comment