Gaya Hidup / Lifestyle

BMW Active Hybrid e-bike guna teknologi e-Drive

BMW adalah salah satu pengeluar yang semakin serius dalam membangunkan kenderaan hibrid dan elektrik. Usaha mereka bukan sahaja melibatkan kereta, malah basikal, yang merupakan mod pengangkutan utama di beberapa negara di Eropah dan Asia, turut mendapat perhatian.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dikenali sebagai Active Hybrid e-bike, basikal elektrik terbaru keluaran BMW ini merupakan kesinambungan kepada Cruiser e-bike yang diperkenalkan tiga tahun lalu. Ia menggunakan teknologi e-Drive, iaitu motor elektrik Brose yang menghasilkan 250 W and 90 Nm yang digabungkan dengan bateri 504 Wh.

P90280342_highRes_bmw-active-hybrid-e-

Gandingan ini memberikan sokongan pedal (ia tidak menggerakan pedal dengan sendiri) sehingga 100 km dengan kelajuan maksimum 25 km/j. Penunggang boleh menyelaraskan tahap bantuan dengan mudah melalui paparan baharu, di mana empat mod kuasa ditawarkan iaitu Eco (+50% tahap bantuan pedal) hingga Turbo (+275%).

P90279527_highRes_bmw-active-hybrid-e-

E-bike ini turut menampilkan beberapa ciri berguna seperti soket Micro USB dan sambungan Bluetooth untuk memudahkan penggunaan telefon pintar, serta lampu LED di depan dan belakang. Bateri dan motor yang diintegrasikan ke dalam rangka basikal pula membuatkan ia tampil lebih kemas.

Previous post

MINI 1499 GT hanya untuk pasaran UK

Next post

Honda Malaysia Memperkenalkan Advanced Ultra Body Coating Untuk Kilat Yang Tahan Lama

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *