Grab mulakan kempen ‘Better 365’ untuk meningkatkan manfaat pemandu
Grab hari ini mengumumkan pelancaran kempen ‘Better 365’ bertujuan untuk meningkatkan kebajikan para rakan pemandunya dalam empat bidang utama: sokongan terbaik, peningkatan pendapatan, perkakasan terbaik dan komuniti yang lebih kukuh.
Kempen ‘Better 365’ merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Grab bagi membantu para rakan pemandunya untuk menjalankan tugas mereka dengan lebih baik, 365 hari setahun.
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Grab telah memperkenalkan beberapa siri aktiviti komuniti dan ciri-ciri yang dapat membantu para pemandu serta meningkatkan lagi hubungan pemandu seperti:
- Penilaian perjalanan: Pemandu Grab kini boleh memberi maklum balas mengenai keseluruhan pengalaman perjalanan dan penumpang mereka sebagai “positif” atau “negatif” dan memilih beberapa komen bagi menyokong penilaian mereka, termasuklah lokasi/laluan, pembayaran dan pelanggan dengan alasan tambahan agar lebih terperinci. Ciri ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dan pengalaman memandu rakan pemandu Grab.
- Memudahkan insentif pemandu: Paparan skrin serba baharu dan dipermudahkan yang menampilkan garis pencapaian insentif, bagi memudahkan rakan pemandu untuk memantau perkembangan usaha mereka sama ada berjaya memenuhi sasaran insentif ketika memandu pada masa dan lokasi fleksibel.
- Pusat bantuan dalam aplikasi untuk pemandu: Satu set perkakasan layan diri dalam aplikasi yang baharu bagi membantu pemandu menguruskan akaun mereka dan mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan lazim tanpa perlu menghubungi talian sokongan Grab. Dengan ciri terbaharu ini, pemandu Grab boleh meluangkan lebih banyak masa untuk memaksimumkan pendapatan mereka menerusi platform ini.
- GrabAllStars: Sebuah program kesetiaan pemandu yang membolehkan pemandu mendapat manfaat daripada tawaran-tawaran istimewa dan diskaun dari pelbagai jenama elektronik, restoran, petrol dan peruncit seperti PETRONAS, Tesco Malaysia, Celcom, Texas Chicken Malaysia, Poliklinik Lourdes, Maxx ‘N Go dan Shopee Malaysia.
- Pusat Pemandu Grab: Pusat sokongan sehenti bagi menjawab segala pertanyaan, pendaftaran dan sesi latihan untuk para pemandu.
- Sesi teh tarik dan mesyuarat umum (Town hall): Bermula tahun ini, Grab telah mengadakan beberapa siri pertemuan bersama pemandu dan sesi teh tarik bagi mendekati dan berdialog dengan pemandu-pemandu.
Seterusnya, Grab juga akan melancarkan ciri-ciri lain sempena kempen ‘Better 365’:
- Video latihan dalam aplikasi untuk rakan pemandu: Video di dalam aplikasi Grab akan membantu melatih rakan pemandu mengenai cara untuk memastikan keselamatan dan pengalaman pemanduan yang memuaskan.
- My Destination: Sebuah ciri dalam aplikasi yang membantu rakan pemandu untuk mencatat destinasi akhir mereka bagi hari berkenaan dan mengambil beberapa orang penumpang ketika menuju ke destinasi akhir mereka.
- Pengeluaran tunai segera: Pemandu akan mendapat manfaat daripada pembayaran pantas untuk tempahan mereka tanpa perlu menunggu hujung minggu untuk mengeluarkan duit insentif mereka.
- Pengesahan swafoto: Cara mudah untuk mengesahkan rakan pemandu, memastikan keselamatan dan mencegah penipuan melalui swafoto.
No Comment