Iklan S-Class Baharu Menunjukkan Bagaimana Benz Menjinakkan Sang Singa
Dalam filem mengenai S-Class baharu, seekor singa adalah metafora untuk haiwan alfa dari dunia perniagaan. Kita lihat bos sebuah syarikat baharu, yang mengalami hari yang agak bermasalah. Dia mengalami kecelakaan demi kecelakaan yang membuatnya hilang sabar.
Tertekan dan meradang, dia menaiki S-Class baharu di penghujung hari kerja yang panjang.
Dia merasai kesan ciri kawalan keselesaan ENERGIZINGnya. Dengan hanya menekan satu butang dan kemarahan sang singa hilang dan dia mula merasa tenang. Dia meneruskan perjalanan baliknya dan setibanya ke rumah dia sudah pun berasa tenang dan nyaman.
Tekanan hilang – terima kasih kepada pengalaman personalised wellness di dalam S-Class.
Tonton iklan itu di sini:
No Comment