Berita Auto

MINI 1499 GT hanya untuk pasaran UK

MINI telah memperkenalkan model edisi terhad yang dikenali sebagai 1499 GT. Ia dibangunkan dengan inspirasi dari model klasik 1275 GT yang diperkenalkan 48 tahun lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut MINI, pengeluaran model ini dihadkan kepada 1,499 unit. Ia hanya akan dijual di United Kingdom dengan harga £16,990 (RM95,238) dari November tahun ini hingga Februari tahun 2018.

MINI 1499 GT 04

1499 GT bermula dari model MINI One yang merupakan model paling asas dalam barisannya. Ia kemudiannya dilengkapi dengan pelbagai komponen eksklusif John Cooper Works (JCW) seperti kit badan, spoiler belakang dan rim Track Spoke bersaiz 17 inci. Ia boleh didapati dalam dua warna iaitu Midnight Black dan Pepper White.

MINI 1499 GT 05

Bahagian kabin pula menerima tempat duduk sport dan stereng JCW yang dihiasi dengan upholsteri kulit serta jahitan merah, serta lencana JCW. Ia turut menampilkan ciri-ciri kemudahan termasuk radio Visual Boost, pendingin hawa, cruise control dan fungsi penyambungan telefon pintar.

MINI 1499 GT 02

Berbekalkan enjin 1.5-liter tiga silinder dengan 102 hp dan transmisi manual enam kelajuan, 1499 GT mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 10.1 saat.

Previous post

McLaren Kembali Ke Malaysia ... Dalam Hanya Beberapa Minggu Sahaja

Next post

BMW Active Hybrid e-bike guna teknologi e-Drive

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *