Bisnes

Perodua Kekal Sasaran Jualan 202 Ribu Untuk 2017, Optimis Jualan Suku 4 Akan Lebih Baik

Perodua mencatatkan jualan sebanyak 151,600 unit untuk 9 bulan pertama berakhir 30 September 2017, naik 0.5% daripada 150,600 dalam tempoh yang sama berbanding 2016 dan mereka optimistik jualan pada suku keempat pada tahun 2017 akan lebih baik kerana adanya inisiati-inisiatif baru yang dirancang pada suku terakhir tahun ini. Bagi suku ketiga 2017, jualan Perodua menurun sebanyak 3% kepada 51,900 berbanding 53,500 bagi suku ketiga 2016.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ini adalah kerana pada suku ketiga 2016 (21 Julai) mereka memperkenalkan Perodua Bezza jelas CEO & Presiden Perodua Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh. Tambah beliau, cabaran untuk suku keempat tahun 2017 termasuk 1. kesukaran mendapat kelulusan untuk pinjaman sewa beli dan 2. jangkaan persaingan sengit dari jenama auto yang lain. Turut menyebabkan jualan yang kurang suku akhir tahunan ialah tabiat tunggu dan lihat pembeli yang mengharapkan sesuatu dari pengumuman Bajet 2018.

Datuk (Dr) Aminar berkata berasaskan kepada angka tahun-hingga-kini, semua model Perodua adalah best-seller dalam kategori masing-masing. Dari Januari ke September tahun ini, Perodua Axia adalah  Hatch Kompak Segmen-A paling laris di Malaysia dengan jualan sebanyak 48,700 unit.

Hatch Segmen-B terlaris di Malaysia, Perodua Myvi dengan 42,000 unit.

Perodua Bezza adalah Sedan Kompak Segmen-A terlaris dengan jualan sebanyak 39,800 unit.

 

Perodua Alza pula adalah MPV terlaris dengan jualan sebanyak 21,400 unit.

Berkenaan dengan Khidmat Lepas Jualan mereka, Datuk (Dr) Aminar bilangan kereta yang mengunjungi Pusat Servis Perodua meningkat sebanyak 4.6% kepada 1.58 juta dalam tempoh 9 bulan pertama tahun ini berbanding 1.51 juta tahun lepas.

Berkenaan dengan pengeluaran, Perodua menghasilkan hanya 147,900 kenderaan dalam tempoh 9 bulan pertama tahun ini, penurunan sebanyak 3.8%, berbanding masa yang sama tahun lepas.

Menurut Datuk (Dr) Aminar, penggurangan pengeluaran ini memang dalam perangcangan mereka kerena stok kereta suku pertama 2017 dibina suku keempat tahun 2016 kerana jangkaan kenaikan nilai pertukran matawang suku pertama 2017.

Previous post

DBMG 2017 himpun 31 kelab permotoran dari seluruh Borneo

Next post

Honda Malaysia lancar koleksi barangan Challenging Spirit

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *