Berita Auto

Perodua lancar kempen keselamatan, tempat duduk bayi dan kanak-kanak

Perodua telah melancarkan kempen keselamatan sepanjang lima tahun yang bertujuan untuk menggalakkan pemanduan berhemah di kalangan pengguna jalan raya di negara ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kempen tersebut memfokuskan kepada empat perkara utama iaitu pemakaian tali pinggang keledar, tidak menggunakan telefon pintar ketika memandu, penggunaan lampu isyarat ketika membelok serta penggunaan tempat duduk kanak-kanak.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh, kempen keselamatan itu termasuk menyediakan bahan promosi di pusat-pusat pengedar Perodua di seluruh negara. Mesej-mesej keselamatan itu disasarkan untuk mencapai 1 juta pelanggan dalam masa setahun kempen itu dijalankan.

ATOK0300

Perodua juga memperkenalkan tempat duduk bayi dan kanak-kanak GearUp yang masing-masing dijual pada harga promosi RM660 dan RM780 sehingga Tahun Baru Cina 2018. Selepas tempoh promosi, tempat duduk bayi akan dijual pada harga RM790 manakala tempat duduk kanak-kanak RM980.

Tempat duduk bayi itu direka untuk bayi seberat sehingga 13 kg dan boleh didapati dalam warna merah atau kelabu. Tempat duduk kanak-kanak itu pula sesuai untuk kanak-kanak seberat 9 hingga 36 kg dan ditawarkan dalam warna merah dan hitam.

ATOK0343

Previous post

Pameran Mazda di Tokyo Motor Show Yang ke 45 Tahun 2017 Masih Mengutamakan KODO

Next post

Mengapa Anda Tidak Patut Memandu Perlahan di Lorong Pantas

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *