Berita Auto

Polestar 1 – Coupe GT hibrid dengan 600 hp dan 1,000 Nm

Bermula sebagai sub-jenama prestasi bagi Volvo, Polestar kini telah berkembang sebagai jenama standalone yang bertanggungjawab menghasilkan model elektrik berprestasi tinggi bagi jenama dari Sweden itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Polestar 1 yang baru sahaja didedahkan ini adalah taruhan pertama Polestar dan ia akan dipasarkan bermula dari pertengahan tahun 2019. Model ini akan dipasang di Chengdu, China dengan had pengeluaran sebanyak 500 unit setahun, bergantung kepada permintaan. Ia hanya akan ditawarkan menerusi sistem langganan.

Polestar1_002

Dari segi reka bentuk, Polestar 1 mempunyai muka hadapan dan belakang yang sama dengan Volvo S90 sedan, namun ia hadir sebagai sebuah coupe Grand Tourer (GT) dengan dua pintu. Walaupun menggunakan platform SPA yang sama, Polestar 1 adalah lebih panjang berbanding S90 dan 50% daripada strukturnya telah direka semula.

Polestar1_023

Polestar 1 dikatakan antara kereta hibrid paling berkuasa di dunia, dengan 600 hp dan 1,000 Nm yang dihasilkan menerusi gabungan enjin petrol Drive-E berkapasiti 2.0-liter empat silinder dan dua motor elektrik yang ditugaskan untuk memacu di roda belakang. Menurut Polestar, ia mempunyai jarak pemanduan elektrik sejauh 150 km. Masa pecutan, kelajuan maksimum dan tahap penggunaan bahan api bagaimanapun masih belum didedahkan.

Polestar1_014

Rangkaian kuasa hibrid yang bertenaga itu dipadankan dengan sistem penggantungan kawalan elektronik sepenuhnya (CESi) dari Ohlins yang bertindak balas mengikut permukaan jalan dalam hanya dua milisaat. Sistem brek pula terdiri daripada angkup enam omboh dan cakera 400 mm yang dihasilkan oleh Akebono.

Polestar1_007

Selain itu, bahagian-bahagian utama badan Polestar diperbuat daripada gentian karbon.  Ia bukan sahaja dapat mengurangkan berat sebanyak 230 kg, malah meningkatkan ketegaran sebanyak 45% dan merendahkan pusat graviti kenderaan untuk pengendalian lebih stabil.

 

Previous post

Kia Sorento Kini Dengan Penjimatan RM16,000

Next post

Mercedes Masih Didepan Audi & BMW Dalam Penjualan Global

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *