Berita Auto

Porsche 718 Cayman dan 718 Boxster kini dengan varian GTS

Porsche telah memperkembangkan barisan model 718 Cayman dan 718 Boxster dengan pengenalan varian GTS yang lebih berkuasa dan agresif dari aspek penampilan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Membuatkan model-model 718 GTS lebih menyerlah berbanding varian sedia ada adalah bampar Sport Design baharu serta perincian berwarna hitam seperti lampu depan bi-xenon, lampu belakang, logo dan ekzos. Rim bersaiz 20 inci yang didatangkan dalam kemasan hitam satin menjadi pelengkap imej garang model ini.

??????????????

Di dalam kabin, kedua-dua model dilengkapi dengan tempat duduk sport yang mempunyai fungsi pelarasan dua cara yang bukan sahaja memberi sokongan lebih baik, malah lebih selesa. Kemasan Alcantara digunakan pada tempat duduk, stereng, konsol tengah serta perehat tangan manakala jam randik ditempatkan di atas papan pemuka secara standard.

Selain itu, pemandu juga boleh merekod dan menganalisa data pemanduan menerusi aplikasi Porsche Track Precision App (PTPA) pada telefon pintar.

???????????????

Dijanan oleh enjin turbo 2.5-liter empat silinder, kedua-dua model 718 GTS mempunyai 365 PS dan 430 Nm (15 hp lebih tinggi berbanding model 718 S, 35 hp lebih tinggi berbanding model GTS terdahulu). Peningkatkan kuasa itu dicapai menerusi penggunaan saluran pengambilan dan pengecas turbo yang dipertingkatkan.

Jika dilengkapi dengan kotak gear PDK dan pakej Sport Chrono, model 718 GTS memerlukan 4.1 saat untuk mencapai 100 km/j dan mampu mencecah kelajuan sehingga 290 km/j. Ia juga boleh dipesan dengan kotak gear manual enam kelajuan untuk mereka yang suka menukar gear dengan sendiri.

??????????????

718 Cayman GTS dan 718 Boxster GTS menampilkan kelengkapan standard seperti pakej Sport Chrono, pemvektoran tork dengan differential lock mekanikal di gandar belakang, serta suspensi aktif PASM yang bertanggungjawab mengurangkan ketinggian sebanyak 10 mm.

Model-model ini akan memasuki pasaran bermula pertengahan Disember tahun ini dengan harga bermula dari EUR78,160 (RM390,729) bagi 718 Boxster GTS dan EUR76,137 (RM380,616) bagi 718 Cayman GTS.

???????????????

Previous post

Honda Malaysia umum pelantikan Pengarah Urusan, CEO baharu

Next post

Audi A7 Baharu! Semua Model Datang Dengan Powertrain Hibrid Ringan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *