Gaya Hidup / Lifestyle

Singapore Airlines Dan Grab Memasuki Persetujuan

Singapore Airlines (SIA) dan Grab hari ini mengumumkan perkongsian untuk menyediakan pengalaman pengembaraan yang lebih lancar kepada pelanggan. SIA dan Grab akan mengintegrasikan aplikasi mudah alih mereka untuk menawarkan kemudahan yang dipertingkatkan kepada pelanggan semasa melancong ke lapangan terbang di enam negara di seluruh Asia Tenggara, termasuk Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bermula hari ini, para pelanggan SIA boleh menempah tiket Grab melalui aplikasi mudah alih SingaporeAir. Pelanggan yang menggunakan aplikasinya akan melihat pilihan untuk menempah perjalanan Grab ke lapangan terbang tujuh hari sebelum penerbangan mereka dijadualkan. Memilih pilihan ini akan mengarahkan pelanggan ke aplikasi Grab, di mana mereka boleh memilih untuk menempah perjalanan Grab ke lapangan terbang on demand atau in advanced. Lapangan terbang itu akan disenaraikan secara automatik sebagai destinasi, jadi pengguna hanya mengisi lokasi dan masa pick-up.

Ahli-ahli program  KrisFlyer SIA dan GrabRewards Grab akan menikmati faedah tambahan di bawah perkongsian baru. Ahli GrabRewards mempunyai fleksibiliti untuk menukar mata GrabRewards mereka ke KrisFlyer miles. Pelanggan juga berpeluang memenangi sepasang tiket Kelas Ekonomi ke The Maldives. Untuk mengambil bahagian, pelanggan hanya perlu memasukkan kod ‘GRABSQ’ dalam kotak promo dalam skrin tempahan aplikasi Grab untuk setiap perjalanan Grab yang mereka antara 11 Oktober dan 11 November 2017. Pelanggan yang menggunakan Grab terbanyak yang ditempah semasa tempoh ini akan menang.

 

Previous post

Volkswagen Melancarkan Sambutan Akhir Tahun Dengan Tawaran Sedan Mereka

Next post

Acara berbasikal Jelajah Malaysia dimulakan hari ini

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *