Kemalangan / Rosak / Curi / Recall

Sunroof Yang Meletup … Apa Lagi? Kerusi Yang Meletup?

Satu kajian baru-baru ini mengenai subjek ini telah menghasilkan beberapa maklumat yang mengejutkan. Sesetengah kaca sun/moon-roofs boleh meletup tanpa amaran. Sebelum anda mula memikirkan untuk menjual kereta anda yang dengan bumbung kaca dan mula panik, jangan risau, bilangan kesnya kecil pada masa ini. Terdapat sekurang-kurangnya 859 kes laporan sunroof  yang pecah dalam 22 tahun yang lalu.

Data Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Kebangsaan Amerika (NHTSA) menunjukkan peningkatan yang mantap dalam laporan sunroof pecah, bermula pada tahun 1995 dengan hanya segelintir kes-kes tetapi naik pada tahun 2014 dengan 187 kes yang dilaporkan pada tahun itu sahaja. Isu ini telah dilaporkan dalam pelbagai kenderaan dari kebanyakan pembuat kereta. Kebanyakan pembuat kereta menyalahkan batu atau runtuhan jalan yang menyebabkan kerosakan yang boleh mengakibatkan cermin pecah.

Para jurutera mengatakan ianya mungkin masalah dalam proses pembuatan yang dapat melemahkan kaca, menjadikannya lebih rentan terhadap daya kilasan yang dapat  melenturkan bumbung kenderaan dalam keadaan normal. Akhir sekali, NHTSA mengatakan garis panduan keselamatan untuk sunroofs tidak sama dengan pembangunan dan pelaksanaan bumbung panorama yang lebih besar.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Buat masa ini, tidak ada recall yang disebut … … tetapi seperti isu-isu Takata dan isu pedal pemecut, kami tidak mahu menunggu beberapa kematian dahulu sebelum tindakan diambil.

 

Previous post

Perodua laksana program tanggungjawab korporat selama 3 tahun dengan Rumah Kanak-kanak Shan

Next post

Chery Exeed TX Mungkin Tiba di Malaysia Lebih Awal Dari Jangkaan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *