VW Menawarkan Jaminan ENAM Tahun (boleh dipindah milik) di Amerika Syarikat
Volkswagen Amerika Syarikat baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan menampung sebahagian besar tawaran 2018nya dengan jaminan 6 tahun dua kali lebih lama berbanding beberapa pesaingnya di Amerika Syarikat. Berita ini datang kerana pembuat kereta Jerman itu menjadi pemain utama di pasaran Amerika dan cuba untuk meletakkan skandal penipuan dieselnya kebelakang, walaupun ia menangani kerugian hampir USD3 bilion yang diumumkan baru-baru ini.
Waranti itu, selama 6 tahun atau 72,000 batu, juga boleh dipindah milik kepada pemilik berikutnya. Waranti yang dikenali sebagai People First Warranty meliputi semua model 2018 kecuali e-Golf elektrik, yang membawa liputan bateri 8-tahun / 100,000 batu tersendiri.
Satu bahagian utama strategi kami untuk 2017 dan seterusnya bermula dengan membina semula kepercayaan para pelanggan, peniaga dan pekerja kami.” kata seorang jurucakap VW Amerika Syarikat semasa taklimat media di LaFontaine Volkswagen Dearborn. “Kami berada di titik perubahan utama bagi jenama dan strategi kami (untuk) pelanggan Amerika Syarikat kami, dan kini kami melihat kehadapan.”
No Comment