Berita Auto

Beli Nissan dan rebut peluang menangi percutian bertemakan Star Wars ke Croatia

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah memulakan satu kempen unik sepanjang bulan November, di mana pelanggan yang membeli sebuah Nissan berpeluang untuk memenangi percutian bertemakan filem Star Wars: The Last Jedi ke Croatia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kempen yang dinamakan ‘The Journey Continues with Nissan’ itu diadakan sempena tayangan pembukaan filem tersebut di Malaysia pada 14 Disember 2017.

ETCM akan melancarkan kempen ini dengan kenderaan bertemakan Star Wars pada acara Malaysia Autoshow 2017 anjuran Institut Automotif Malaysia (MAI) di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang bermula 9 hingga 12 November 2017.

Ia akan diikuti oleh satu siri iklan komersial TV dan radio, termasuklah program-program digital, siri jelajah dan sesi pandu uji.

Sepanjang tempoh kempen ini, rebat menarik dan penjimatan sehingga RM6,500 ditawarkan ke atas beberapa model terpilih Nissan. Promosi RM1 juga diteruskan ke atas pakej aksesori premium dan rebat sehingga RM4,500 ada diberikan. Orang ramai dijemput mengunjungi bilik pameran Nissan dan siri jelajah untuk menikmati tawaran hebat.

Tarikh dan lokasi karnival pandu uji ETCM dan siri jelajah adalah seperti berikut:

Jadual karnival pandu uji:

Tarikh Wilayah Lokasi
11 – 12 November Sarawak ETCM Kuching
17 – 18 November Sarawak ETCM Bintulu
17 – 18 November Timur Aeon Kota Bahru
18 – 19 November Tengah ETCM Petaling Jaya
18 – 19 November Selatan ETCM Johor Jaya
18 – 19 November Selatan ETCM Semabok
18 – 19 November Utara ETCM Ipoh
18 – 19 November Utara ETCM Pulau Pinang, Weld Quay
18 – 19 November Sabah ETCM Kota Kinabalu

 

Jadual siri jelajah:

Tarikh Lokasi
2 – 5 November Central Square, Sungai Petani
9 – 12 November Malaysia Autoshow, MAEPS Serdang
13 – 19 November AEON Kota Bharu, Kelantan
14 – 19 November AEON Cheras Selatan, Balakong
14 – 19 November AEON Dato Onn, Johor Bahru
16 – 19 November Sunway Carnival Mall, Penang
24 – 26 November Karamunsing, Kota Kinabalu
24 – 26 November The Spring, Kuching
Previous post

Perodua Memenangi EMAS di Putra Brand Awards 2017 Buat Kali Pertamanya

Next post

Jejak Makan || ROSS || Eat Beat Ep 42 - Yakiniku Panga, Tokyo, Jepun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *