Boon Siew rancang buka pusat sehenti Honda BigWing
Di Malaysia Autoshow 2017 yang kini sedang berlangsung, Boon Siew Honda telah mengumumkan kehadiran Honda BigWing, pusat sehenti jualan dan servis untuk motosikal berkuasa tinggi Honda 250 cc ke atas.
Bersama-sama dengan rangkaian Honda yang memberi fokus kepada model 250 cc ke bawah, syarikat itu bersedia untuk memenuhi kehendan pasaran yang pelbagai di negara ini.
Honda BigWing menyediakan bilik pameran terkini, pusat servis, sudut alat ganti dan aksesori serta bilik istirehat pelanggan. Konsep menyeluruh yang tersendiri ini telah direka untuk memberi persekitaran yang bergaya, sofistikated dan premium.
Untuk memastikan pengalaman yang menyeluruh, kesemua pusat Honda BigWing menyediakan peralatan khas dan kemudahan yang diluluskan oleh Boon Siew Honda serta pegawai jualan dan mekanik yang terlatih.
Honda BigWing akan dibuka di empat bandar utama Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, dan Johor. Pusat pertama akan dilancarkan di Kuala Lumpur pada Januari 2018 oleh Ee Tiong Motorsports, diikuti Taycon Motor di Pulau Pinang, Welly Team Cycle di Selangor dan Additional Growth di Johor.
Pada separuh pertama 2017, Boon Siew Honda menjual 400 unit motosikal berkuasa tinggi sekaligus menyaksikan kenaikan sebanyak 12% berbanding berbanding tempoh sama pada tahun 2016. Dengan pengenalan Honda BigWing, syarikat itu menyasarkan pertumbuhan sebanyak 30% (1,600 unit) pada tahun hadapan.
No Comment