Daimler Akan Melabur USD 755 Juta Di China
Daimler AG merancang untuk melabur 5 bilion yuan (USD 755 juta) di China untuk kapasiti kilang mengeluarkan kereta elektrik dan bateri mereka, sebahagian daripada usaha untuk membantu jenama Mercedes-Benz dan Smart mematuhi kuota pengeluaran dan penjualan kereta hijau negara itu. Hubertus Troska, ketua operasi Daimler, Greater China, memberitahu pemberita bahawa pelaburan itu adalah sebahagian daripada inisiatif 10 bilion euro (USD11.8 bilion) kereta hijau global Daimler yang diumumkan sebelum ini.
China telah menetapkan kuota yang ketat untuk kereta hibrid elektrik dan plug-in yang berkuatkuasa dari 2019. Ia mempunyai sasaran jualan 2 juta NEV pada tahun 2020 dan menandakan, jangka panjang, ia akan menghentikan penjualan kereta enjin petrol konvensional
Peralihan seismik ke arah NEV ini telah mendorong penumbuhan tawaran kereta elektrik dan pelancaran baru dimana pengeluar di seluruh dunia berlumba-lumba untuk mendapat sebahagian pasaran kereta terbesar di dunia.
No Comment