Pandu Uji

G-Vectoring Mazda6 Skyactiv-D. Apa Ke Benda Tu?

Dari dahulu lagi, saya memang minat dengan Mazda6.

2003_Mazda_6_(GG)_Classic_hatchback_01

Dari generasi pertama yang dikeluarkan pada tahun 2002, siri GG yang dikenali sebagai Mazda Atenza di Jepun dan juga Mazda 6 generasi kedua yang keluar pada tahun 2007, siri GH1.

2009_Mazda6_(GH_MY09)_Luxury_Sports_hatchback_(2009-11-29)

Kedua-dua model ini kelihatan handsome, muscular dan laju. Mereka di Mazda sedar akan hakikat ini dan telah menambahkan appealnya dengan edisi prestasi Mazda 6 MPS. Apa itu MPS?

MPS = Mazda Performance Series.   

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Walaubagaimanapun bagi kedua-dua generasi Mazda6 dulu, pada saya, terletak di tengah-tengah kereta-kereta segmen D  seperti Perdana, Camry dan Accord dan kereta-kereta segmen C seperti Inspira, Altis dan Civic. Dia ni kecil untuk segmen D tetapi besar untuk segmen C. Dia di tengah-tengah dan sekali lagi, saya rasa Mazda sedar akan hakikat ini dan telah menghasil Mazda6 generasi ketiga yang … ya … betul jangkaan anda … besar.

IMG_6771

Mazda6 generasi ketiga dilancarkan di Moscow International Motor Show bulan Ogos tahun 2012 dan mereka tidak mengecewakan. Walaupun besar ianya anggun. Pada saya, reka bentuk kereta mesti panjang, lebar dan rendah seperti Ford Mustang dan mana-mana model Aston Martin. Panjang. Lebar. Rendah. Dan Mazda 6 generasi sekarang sememangnya itu.

Mazda yang terkini dipasaran kita ialah Mazda6 dengan enjin berteknologi Skyactiv. Enjin EEV. Energy Efficient  Vehicle.  Saya berpeluang ‘cuba try’ model diesel mereka, Mazda6 Skyaktiv-D. Kereta berenjin diesel bersih. Kereta jimat diesel yang tidak mengorbankan pelepasan bersih.

Enjin 2.2 liter cc. Kuasa 173hp Tork 420nm. Ya 420. Harga RM215,264.67 dengan insuran 1 tahun.

IMG_6766

Model ini juga dilengkapi dengan G-Vectoring. G-Vectoring atau GVC adalah teknologi yang ada dalam Mazda 6, 3 dan CX-5.

Apa ke benda G-Vectoring ni? Kita cuba jelaskan di sini dengan cara yang paling senang sekali. 1. Dia kurangkan mabuk kereta. 2. Dia bantu kita konar.

Previous post

Sisma Auto buka bilik pameran Volvo Bukit Bintang

Next post

Perodua Bertumpu Kepada Penghantaran. 1,000 Myvi Baharu Dihantar Kepada Pemilik

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *