Berita Auto

Honda Accord kini dengan teknologi keselamatan Honda SENSING

Honda Malaysia telah mengumumkan bahawa teknologi keselamatan Honda SENSING kini ditawarkan pada model Accord baharu. Sedan segmen D itu merupakan model kedua yang dilengkapi dengan teknologi tersebut selepas CR-V baharu yang dilancarkan pada Julai tahun ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dikenali sebagai Accord 2.4 VTi-L Advance, varian yang dipertingkatkan itu menampilkan ciri-ciri premium yang sedia seperti lampu LED depan dan belakang, paparan audio bersaiz 7 inci dengan i-MID serta Apple CarPlay dan Android Auto, serta kamera LaneWatch.

Honda SENSING pula merangkumi Adaptive Cruise Control (ACC), Forward Collision Warning (FCW), Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Keep Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM) dan Lane Departure Warning (LDW).

SAM_9987

Dengan pelancaran model terbaru ini, Honda Malaysia turut mengambil keputusan untuk menyelaraskan barisan model Accord, yang kini terdiri daripada dua varian- 2.0 VTi-L yang dijual pada harga sama iaitu RM149,350, dan 2.4 VTi-L Advance dengan Honda SENSING yang berharga RM169,800.

Menurut Honda, jualan Accord sangat memberangsangkan dengan lebih 5,500 unit terjual sejak pelancarannya pada September 2016. Varian 2.4 VTi-L menyumbangkan 25%, 2.0 VTi-L dengan pecahan terbesar iaitu 61%, manakala selebihnya disumbangkan oleh 2.0 VTi yang kini dihentikan penjualannya.

SAM_9990

Honda Malaysia telah menjual lebih 87,800 unit kenderaan dari Januari hingga Oktober 2017. Varian-varian Sport Hybrid mencatat sekurang-kurangnya 1,860 tempahanan dalam lima bulan, 24% lebih banyak dari jangkaan awal. Varian VTEC turbo juga diterima dengan baik di kalangan pelanggan dengan sumbangan sebanyak 60% bagi Civic dan 71% bagi CR-V. Syarikat itu yakin akan mencapai sasaran jualan 100,000 unit menjelang akhir tahun ini.

Selain itu, Honda Malaysia juga akan melancarkan model keenam mereka tahun ini iaitu Civic Type-R baharu dalam beberapa hari lagi.

Previous post

Aston Martin Akhiri Vanquish Dengan Model 'S Ultimate'

Next post

Perodua beri diskaun alat ganti dan pemeriksaan percuma kepada mangsa banjir Pulau Pinang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *