Honda EX5 Fi Edisi Terhad rai ulang tahun ke-30
Siapa sangka selepas 30 tahun diperkenalkan, Honda EX5 masih menjadi pilihan penunggang motosikal di Malaysia. Bagi meraikan ulang tahun itu, Boon Siew Honda (BSH) telah melancarkan EX5 Fi Edisi Terhad.
Bukan itu sahaja, kapcai ikonik itu turut meraikan pengeluarannya yang ke-100 juta unit di peringkat global beberapa minggu lalu. Manakala di negara ini, lebih dari dua juta EX5 telah dihasilkan dan dijual.
EX5 Fi Edisi Terhad ditawarkan dalam dua warna iaitu merah dan perak, dan dihiasi dengan tulisan “30th Anniversary”. Ia juga boleh didapati dengan pilihan rim jejari atau tempaan (cast).
Model ini dijana oleh enjin 109.1 cc silinder tunggal dengan penyejukan udara. Dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI, enjin tersebut menghasilkan 8.35 hp pada 7,500 rpm dan 8.4 Nm pada 6,000 rpm.
Harga asas termasuk GST bagi EX5 Fi Edisi Terhad bermula dari RM5,309.54 (rim jejari) dan RM5,563.94 (rim cast).
No Comment