Honda HR-V Bersedia Untuk Toyota C-HR Yang Akan Datang Dengan Facelift
Honda sedang menikmati kejayaan jualan tanpa henti dengan crossover padat mereka sejak hari pelancarannya. Honda Malaysia mengambil risiko yang besar bila melancarkan HR-V mereka ke pasaran yang belum bersedia untuk crossover kecil. Satu pertaruhan yang berhasil dengan baik sekali, namun kini, wajah dan ciri baru diperlukan untuk memastikan pembeli akan kekal berminat kerana Toyota di Malaysia akan melancarkan C-HR mereka yang akan secara langsung mencabar kejayaan jualan HR-V.
Kemas kini HR-V yang akan datang ini berkemungkinan akan merangkumi pelbagai perubahan kosmetik kecil. Kami jangka penambahbaikan bumper dan gril depan, lampu siang yang baru dan mungkin juga beberapa perubahan reka bentuk dalaman. Walaubagaimanapun, jangan harap sangat penambahan option enjin. Semua varain HR-V sekarang, dijual dengan enjin 1.8-litre 4-cylinder dengan CVT (continuously variable transmission), gearbox otomatik yang memacu tayar hadapan. Dalam kabin, anda mungkin melihat tech bijak baharu seperti sistem aplikasi telefon pintar terkini. Mungkin Apple CarPlay dan Android Auto untuk golongan muda.
No Comment