Ini dia Raja GTI Baharu
Dengan Polo GTI R5, Volkswagen kembali berali di bawah nama baru. Pada separuh kedua 2018, Volkswagen akan membina rally Polo versi 270 hp untuk pasukan profesional dan pemandu yang bercita-cita untuk membolehkan mereka bersaing dalam kejohanan di seluruh dunia – termasuk FIA World Rally Championship (WRC). Sketsa kereta, yang berdasarkan kepada Polo baru generasi keenam, memberikan gambaran apa yang akan datang.
Pembangunan Polo GTI R5 bermula sejak awal tahun ini, dengan ujian awal yang dirancang untuk tahun ini. Pengalaman yang diperoleh dari era WRC yang berjaya sedang digabungkan secara langsung: Pengarah Teknikal Volkswagen Motorsport François-Xavier “FX” Demaison, bapa pemegang rekod Polo R WRC, bertanggungjawab untuk pembangunan Polo GTI R5. Dan Gerard-Jan de Jongh juga membawa kepakarannya sebagai jurutera projek kanan. Si Belanda ini dahulunya jurutera perlumbaan Sébastien Ogier; Ogier yang telah memenangi gelaran pemandu dengan Volkswagen empat kali berturut-turut.
Bagi Volkswagen Motorsport, Polo GTI R5 merupakan satu lagi mercu tanda dalam penyusunan semula strategik mereka: Setelah pengenalan Golf TCM GTI yang berjaya membawa pulang kemenangan dan gelaran dalam pelbagai kejuaraan di litar sejak 2016, Volkswagen Motorsport memperluaskan penglibatannya dalam perlumba pelanggan ke rali.
No Comment