Jadi pemilik Yamaha NVX GP Edition dengan tambahan RM600
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan NVX GP Edition baharu, yang menampilkan tema berinspirasikan pasukan Movistar Yamaha MotoGP.
Bakal memasuki pasaran bermula minggu hadapan, NVX GP Edition dijual RM600 lebih mahal berbanding NVX versi standard. Tiada perubahan dari aspek mekanikal bagi model ini.
NVX dikuasakan oleh enjin Blue Core 155 cc silinder tunggal dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA). Enjin tersebut menghasilkan 14.8 hp pada 8,000 rpm dan 13.8 Nm tork pada 6,250 rpm yang kemudiannya disalurkan ke roda belakang melalui transmisi tali sawat V-automatik.
Dari segi kelengkapan, skuter tersebut dilengkapi dengan lampu LED depan dan belakang, paparan digital 5.8 inci, ruang simpanan sebesar 25 liter serta ruang simpanan mini dengan soket elektrik untuk mengecas gajet. Juga disertakan adalah sistem Smart Key dengan fungsi ‘keyless start’ serta ‘immobilizer’.
Sesuai dengan kuasa dan reka bentuknya yang sporty, NVX turut didatangkan dengan fork hadapan bersaiz 26 mm, suspensi berkembar di bahagian belakang dan juga ABS sebagai standard. Ia juga menggunakan tayar tanpa tiub bersaiz 110/80-14M/C 53P (depan) dan 140/70-14M/C 62P (belakang).
No Comment