Jenama Kereta Utama Berkerjasama Menyediakan Station Caj Sekitar Eropah
BMW Group, Daimler AG, Ford Motor Company dan Volkswagen Group bersama Audi dan Porsche hari ini mengumumkan usaha sama IONITY yang akan membangun dan melaksanakan rangkaian High-Power Charging (HPC) untuk kenderaan elektrik seluruh Eropah.
Mereka menganggar membuka 400 stesen HPC sebelum 2020. IONITY akan menyenangkan perjalanan jauh. Berpusat di Munich, Jerman usaha sama ini di ketuai Ketua Pegawai Eksekutif Michael Hajesch dan Ketua Pegawai Operasi Marcus Groll dengan bilangan ahli yang semakin bertambah.
Sebanyak 20 stesen akan dibuka tahun ini, yang terletak di jalan-jalan utama di Jerman, Norway dan Austria. Jarak diantara mereka ialah 120 km, melalui perkongsian dengan “Tank & Rast”, “Circle K” dan “OMV”. Rangkaian itu akan berkembang ke lebih daripada 100 stesen yang boleh digunakan oleh pelbagai jenama kenderaan mengecas kenderaan mereka pada masa yang sama.
No Comment