Berita Auto

Jualan Perodua Myvi Luar Jangkaan

Perodua Myvi semua baru membuat debut globalnya di sini minggu ini dengan 6,000 tempahan. Ia telah menerima penarafan keselamatan 5-bintang oleh ASEAN NCAP, menjadikannya salah satu kereta nilai terbaik untuk wang dalam kurungan harganya.

Myvi semua baharu, yang berharga dari RM44,300 hingga RM55,300, kini boleh didapati di semua bilik pameran Perodua di seluruh negara.

Kereta yang menawarkan teknologi Moden, reka bentuk Youthful, ruang Versertil dan keselamatan Intelligen, mengantikan pendahulunya, yang merupakan model terlaris di Malaysia selama 9 tahun berturut-turut.

“Model baru ini mempunyai teknologi yang sebelum ini hanya ada dalam kereta premium, Myvi Semua Baharu ini juga menetapkan penanda aras bagi kami dari segi kualiti, reka bentuk dan penawaran keseluruhan untuk model masa depan kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Beliau berkata Perodua berhasrat menjual secara purata 6,000 unit sebulan dan kami menggalakkan orang ramai untuk datang ke bilik pameran jualan kami dan berbincang dengan penasihat jualan kami untuk maklumat lanjut mengenai Myvi semua baharu ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Previous post

Infiniti QX50 Dengan Enjin Variable-Compression (VC-T) Baharu Yang Unik

Next post

Sukarelawan Kakitangan UMW Toyota di Pusat Bantuan Banjir Pulau Pinang

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *