Kejutan Demi Kejutan Di Festival Perlumbaan Toyota Gazoo Racing
Cuaca tidak menentu, begitu juga Festival Perlumbaan Toyota Gazoo Racing di MAEPS di hari pertama, Sabtu 25 November 2017. Sesi latihan dan perlumbaan Cabaran Vios Challenge hari itu menghasilkan lebih banyak kejutan apabila para pelumba cuba memaksimumkan prestasi kereta perlumbaan mereka.
Dalam kategori Super Sporting, ketua kejohanan dan Prince of Drift Tengku Djan memang favourite dan dijangka menguasai hujung minggu ini tetapi semasa sesi kelayakan, dia terlanggar Turn 1 ketika mengejar Mark Darwin dan merosakan roda depan dan tidak dapat mengambil bahagian dalam sesi kelayakan yang lain.
Walaubagaimanapun dia masih akan memulakan perlumbaan di baris hadapan Ahad ini kerana masa kelayakan yang dilakukan sebelum pelanggaran itu sudah mencukupi.
Dalam Sporting Category, lagi kejutan dengan Dream Chaser Team di Pole Postion buat kali kedua dengan pendatang baru Brendan Paul Anthony. Dia didepan Brendon Lim dari Tedco Racing. Pemandu gantian, Editor Zerotohundred.com, Tom Goh menganti Kenny Lee kerana lesennya sudah dinaik taraf menghalang beliau mengambil bahagian dalam Vios Challenge. Tom di tempat ketiga tetapi kerosakkan yang dialami beliau, keretanya tidak sempat dibetulkan untuk berlumba.
Perlumbaan menyaksikan Brendan Dreamchaser membuka jurang dari pemburunya Lim meninggalkan yang lain berebut untuk kedudukan podium terakhir. Patrick Tam, Ken Foo, Kenneth Koh, Frederick Soo and Jackson Tan bergelut tetapi selepas pelanggaran ditengah perlumbaan dan yang akhirnya muncul di tempat ketiga ialah Patrick.
Dalam Promotional Class, beatboxer Shawn Lee menguasai pusingan kelayakan di litar yang basah walaupun terpaksa berlumba dengan penambahan berat ballast 40kg kerana dia pemenang di Batu Kawan. Shukri Yahaya dibelakangnya tetapi Shawn akhirnya menang juga, untuk kali ketiga.
Fattah Amin and Danny Koo berlaga untuk tempat ketiga sementara Geraldine Gan berlumba dengan Venice Min di belakang mereka. Diana Danielle pula berlumba dengan Naib Pengerusi UMW Toyota Motor Akio Takeyama untuk tempat kelima dengan Diana yang berjaya memotong Akio .
Festival Perlumbaan Toyota GAZOO Racing (TGR) diteruskan Ahad ini dengan pelbagai aktiviti dan perlumbaan termasuk persembahan drift oleh Johan Drift Dunia Masato Kawabata dan Hideyuki Fujino. Penampilan selebriti, 20 food trak dan peluang memenangi hadiah. Hadiah utamanya ialah sebuah Toyota Vios SE
Masuk percuma. 10 pagi sampai 8 malam. Untuk senarai aktiviti sepenuhnya layari website, fb dan/atau insta Toyota GAZOO Racing Malaysia.
No Comment