Sukan

Kereta PROTON Merangkul Juara Untuk Sepang S1K 2017

Pasukan PROTON R3 merangkul gelaran Juara Keseluruhan pada perlumbaan Sepang 1000km Endurance 2017 (“S1k”) malam ini selepas permulaan hebat mengalahkan pesaing kuat dari Maxxoil Mayhem Team dan Tedco Racing yang masing-masingnya memandu kereta Honda dan Suzuki. Admi Shahrul dan James Veerapen yang memandu kereta Proton Suprima S R3 bernombor 82 menamatkan saingan jauh di hadapan juara S1k tahun lalu, Tengku Djan Ley dan Keifli Othman. Proton Iriz R3 bernombor 81 yang dipandu Syafiq Ali dan Farique Hairuman tamat di tempat ke- 5 selepas melalui 171 pusingan yang panjang dan mencabar di perlumbaan ini.

Photo 2

“Pasukan PROTON R3 menunjukkan kerjasama berpasukan yang sangat baik di sebalik tidak berlumba pada perlumbaan S1k tahun lalu. PROTON memiliki pasukan pelumba, jurutera dan kakitangan teknikal yang sangat berdedikasi untuk pembangunan kereta R3 serta sukan permotoran, dan saya amat berbangga dengan apa yang telah mereka capai pada malam ini. Persediaan, perancangan dan analisis risiko yang telah mereka buat, selain kereta yang baik dan Petronas sebagai penaja, telah membuahkan kemenangan,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.

“Ramai peminat sukan permotoran mengakui akan pengendalian yang baik pada kereta Proton, di samping berupaya menahan cabaran seperti perlumbaan ini. Kereta Proton tahan lasak dan pada malam ini, pelumba berpengalaman kami mengendalikan kereta ke tahap yang paling optimum untuk menonjolkan kebolehannya. Pasukan R3 berlumba dengan baik dan keputusan yang diterima merupakan perkara yang manis bagi kemunculan semula kami di sukan permotoran. Ini tentunya titik tolak yang baik bagi PROTON,” Dr Li menambah.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Kami akan terus merancang strategi penambahbaikan untuk kereta-kereta Proton agar dapat memberikan prestasi serta ketahanan yang lebih sempurna kepada pengalaman pemilikan para pelanggan kami. Dengan pasukan yang kami ada, kami juga akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan agar dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik di perlumbaan yang akan datang,” tambah Dr Li lagi.

Para pelanggan boleh turut menikmati pengendalian kereta Proton yang terbaik dengan promosi 5 Nilai Hebat di bulan November – dengan RM0 kos penyelenggaraan* sehingga 5 tahun dan penjimatan sehingga RM8,000* untuk pembelian kereta Proton.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau e-mel kepada customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau Facebook rasmi PROTON di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi rasmi mudah alih MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.

Photo 3

Previous post

Perodua Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Pulau Pinang

Next post

Mercedes-AMG GT R Di Lancar. Harga RM1,700,000.00

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *