Konsep / Lakaran / Intipan

Mercedes A-Class Akan Datang Dengan Kabin E-Class

A-Class baharu kini mempunyai dalaman yang direka bentuk semula sepenuhnya dan menarik ilham reka bentuk dan teknologi yang dipaparkan dalam model yang lebih besar seperti E-Class dan S-Class baharu.

Mercedes percaya tren yang semakin meningkat terhadap kereta yang semakin mengecil dan kehidupan bandar bermakna bahawa terdapat peningkatan ruang untuk menambah ciri-ciri mewah dan reka bentuk yang biasanya hanya dipaparkan dalam model yang lebih besar.

A-Class baharu juga akan menampilkan tahap teknologi dan pilihan dalam kereta yang jauh lebih tinggi.

Hartmut Sinkwitz, pengarah reka bentuk dalaman jenama, berkata ini didorong oleh purata pembeli A-Class yang lebih muda berbanding model Mercedes lain.

A-Class baharu ini mempunyai stereng tiga spoke dari S-Class. Mercedes juga telah membuat semula kerusi, yang kini mempunyai pemanasan kerusi pilihan dan kawalan cuaca buat kali pertama dalam model itu.

Kereta itu akan ditawarkan dalam tiga trim: Gaya Entry Level, Gaya AMG-Line bertema prestasi dan  Gaya Progresif. Yang terakhir adalah gaya trim urban yang terdahulunya terdapat pada A-Class sebelumnya dan meletakkan penekanan terhadap reka bentuk dan keselesaan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

 

 

Previous post

Evolusi Kereta-Kereta Ikonik

Next post

Pelumba Toyota Gazoo Racing Malaysia akan sertai saingan Super Endurance Thailand

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *