Pengeluaran Volvo XC40 dimulakan di Belgium
Setelah diperkenalkan pada bulan September lalu, Volvo XC40 kini mula dikeluarkan di Ghent, Belgium. Syarikat itu telah menerima kira-kira 13,000 tempahan untuk model tersebut dan penyerahan dijangka bermula pada awal tahun hadapan.
XC40 adalah SUV kecil pertama bagi Volvo. Ia dibina berasaskan platform CMA yang turut akan digunakan bagi pembikinan model-model 40 Series pada masa depan. Platform ini adalah hasil usahasama Volvo dan Geely.
Ia ditawarkan dengan beberapa pilihan enjin termasuk enjin diesel D4, petrol T5 Drive-E dan enjin tiga silinder baharu. Rangkaian kuasa elektrik dan hibrid turut akan ditawarkan pada masa hadapan.
Ia juga didatangkan dengan teknologi yang terdapat pada model 90 Series dan 60 Series dan ini termasuk ciri-ciri Pilot Assist System, City Safety, Run-off Road Protection and Mitigation, Cross Traffic Alert with Brake Support serta kamera 360 darjah.
No Comment