Penghantaran Pertama Selepas Pelancaran Perodua Myvi Semua Baharu
Perodua Myvi semua baharu, yang membuat debutnya pada 16 November, membuat penghantaran pertamanya hari ini, Jumaat kepada pelanggan pertama mereka, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), YBhg Tan Sri Abdul Wahid Omar.
“Sebagai Pengerusi Kumpulan PNB saya benar-benar merasa terhormat kerana menjadi pelanggan pertama yang membuatnya tempahan dan menerima penghantaran pertama Perodua Myvi semua baharu pagi semalam, ” kata Tan Sri Abdul Wahid.
Setakat 8.00 malam 17 November 2017 mereka telah menerima jumlah tempahan sebanyak 6,000 unit dan telah memulakan penghantaran seawal 8.00 pagi pada hari yang sama. Tempahan dibuka 9 November. “PNB memang berbangga dengan prestasi syarikat pelaburan kami Perodua. Mereka betul-betul layak mendapat status Syarikat Kereta Kebangsaan. Tahniah kepada pasukan di Perodua!” tambah Tan Sri Wahid.
Tiga pemenang hadiah utama ‘Myvi 12 Iconic Years Anniversary SMS & Win Contest’ juga merupakan antara pemilik pertama apabila Perodua memberi setiap satu daripada mereka kunci kepada Myvi 1.5 Advance mereka semalam. Pemenang-pemenang bertuah itu ialah Cik Chin Mei Ling, 26, Mohd Nazmil bin Mohd Nasir, 33, dan Encik Ong Kok Seng, 60. Myvi 1.5 Advance semua baharu itu berharga runcit RM55,300, sebelum insuran .
No Comment