Perodua Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Pulau Pinang
Perodua bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membekalkan barangan asas seperti makanan, ubat, produk kebersihan dan keperluan lain kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.
Di samping itu, Perodua juga menyumbang sukarelawan untuk usaha pembersihan dan pemulihan.
Perodua mempunyai 12 bilik pameran jualan dan 13 (termasuk 2 hab Perkhidmatan Perodua Body & Paint) di Pulau Pinang. Perodua mempunyai seramai 600 orang kakitangan di Pulau Pinang yang terdiri daripada pekerja langsung serta mereka yang berada di bawah perkhidmatan jualan dan servis di mana majoriti kedai terjejas akibat banjir baru-baru ini.
Buat permulaan perodua telah memberi sumbangan awal kepada kakitangan mereka dengan wang tunai sebanyak RM500 dan tambahan sehingga RM3,000 bergantung kepada tahap kerosakan rumah mereka serta bantuan lain seperti menyediakan bekalan perubatan, air bersih, selimut dan keperluan lain.
No Comment