Petronas Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive menjanjikan pemanduan lebih lancar
Petronas Dagangan telah melancarkan Petronas Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive, diesel bebas sulfur berkualiti tinggi yang diformulasi khas untuk enjin diesel ‘common-rail’ moden.
Produk terbaru itu merupakan hasil daripada perkongsian Petronas dengan IVECO, sebuah syarikat perkilangan kenderaan industri dari Itali, dalam kejohanan Dakar Rally. Kejayaan pasukan Petronas De Rooy IVECO dalam pertandingan rali yang mencabar itu pada tahun lalu menjadi bukti kepada keberkesanan teknologi Pro-Drive.
Menurut ujian makmal yang dijalankan, diesel terbaru itu terbukti berupaya menyingkirkan endapan serta melindungi penyuntik minyak, memberikan enjin yang lebih bersih untuk mencapai kecekapan optimum.
Berbanding minyak jenama lain yang diuji, Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive juga mencatat jumlah setana yang lebih tinggi. Ini menghasilkan pembakaran yang lebih berkesan, sekaligus menjadian pemanduan lebih lancar dan senyap.
No Comment