Berita Auto

Raikan perayaan akhir tahun dengan ganjaran dari SDAC dan Ford

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, akan merialisasikan impian anda untuk mengakhiri tahun ini dengan tawaran dan ganjaran menarik.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kini tiba masanya untuk mempamerkan semangat percutian anda di jalanan dan menghiaskan kenderaan anda dengan dekorasi perayaan bagi memeriahkan lagi suasana. Dapatkan hidung biru dan tanduk rusa eksklusif apabila anda memandu uji kenderaan Ford di mana-mana pengedar sah Ford di seluruh negara.

Bagi setiap pembelian Ranger WildTrak, anda akan menerima rebat tunai sebanyak RM5,000, sementara Ranger XLT akan menawarkan anda kos penyelenggaraan sifar untuk lima tahun atau 100,000 km di samping rebat tunai yang menawan. Untuk perjalanan yang menyeronokkan, anda boleh memilih untuk memiliki sebuah Focus atau Fiesta bersama rebat tunai sebanyak RM23,000, penyelenggaraan percuma selama tiga tahun dan waranti selama lima tahun.

Disamping memeriahkan suasana perayaan dan percutian, keselamatan harus diutamakan. Bawa kenderaan anda untuk pemeriksaan 27-peringkat percuma oleh para juruteknik yang diperakui Ford, dan terima diskaun sebanyak 20% bagi alat-alat ganti terpilih, termasuk pelincir, brek, tali sawat pemasaan,

Diskaun buruh sebanyak 10% bagi pakej-pakej pelincir, brek dan tali sawat pemasaan pada model-model Ford terpilih juga ditawarkan. Promosi tersebut boleh didapati di seluruh negara mulai 18 Disember, 2017 sehingga 17 Februari, 2018.

Para pelanggan yang berbelanja melebihi RM350 di dalam satu invois cukai sah, akan turut menerima cenderamata Ford hanya di pengedar-pengedar sah Ford di seluruh negara, sementara stok masih ada.

Previous post

Lotus Exige Cup 430 Baharu: Edisi Tanpa Had

Next post

Apa yang menarik di Malaysia Autoshow 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *