Berita Auto

Saab 9-3 Akan Jadi Kereta Nasional Elektrik Turkey

Pemilik kereta Saab sekarang, National Electric Vehicle Sweden (NEVS) baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melesenkan teknologi Saab 9-3 kepada kerajaan Turki bertujuan untuk membangunkan sebuah “kereta kebangsaan.” Mengetuai projek ini adalah TUBITAK, Majlis Penyelidikan Saintifik dan Teknologi Turki, dan mereka merancang untuk menggunakan kejuruteraan 9-3 dan powertrain elektriknya tetapi bukan dengan nama Saab untuk melancarkan pengeluaran sedan di Turki.

9-3 ini, jika anda ingat,  dihentikan pengeluaran pada tahun 2011 bersama-sama dengan yang lain daripada rangkaian Saab ketika General Motors menutup bahagian itu, menjual alat-ganti dan teknologinya dengan beberapa kesukaran. Sejak itu, NEVS telah memulakan semula model 9-3 di Sweden, tetapi tidak dalam jumlah yang setanding dengan kapasiti penuh yang dinikmati oleh Saab ketika waktu kegemilangan mereka. NEVS sendiri terpaksa mencari pelabur di China untuk memastikan pengeluaran berjalan lancar, dengan syarikat dan rakan-rakannya memecah tanah untuk fasiliti baharu di Tianjin, China, yang akan mempunyai kapasiti untuk menghasilkan 200,000 unit versi EV sedan, yang butiran teknikalnya masih samar-samar.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Usahasama dengan Turki ini dilihat sebagai perkembangan yang penting untuk NEVS, di mana mereke akhirnya dapat menikmati kestabilan kewangan sejak memperoleh model Saab 9-3. Bagi Turki, pembelian harta intelek untuk 9-3 ini mewakili penjimatan yang besar berbanding membangunkan kereta dari tahap permulaan, terutamanya kereta elektrik.

 

 

Previous post

Promosi selepas jualan akhir tahun Volkswagen tawar diskaun alat ganti sehingga 20%

Next post

Chevrolet Corvette ZR1 mampu cecah 338 km/j

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *