Siri jelajah Volkswagen Sedanza ke Pulau Pinang dan JB November ini
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan menuju ke Pulau Pinang dan Johor pada bulan November ini untuk siri jelajah kempen jualan Sedanza selama lima hari.
Siri jelajah tersebut akan bermula di pusat membeli-belah AEON Mall Bukit Mertajam dari 7 hingga 12 November ini, diikuti dengan Sutera Mall di Skudai dari 24 hingga 26 November.
Pelbagai model Volkswagen akan dipamerkan termasuk Polo, Vento, Jetta, Passat, Tiguan dan Beetle baharu. Pelanggan yang memandu uji dan membuat tempahan bagi mana-mana model semasa siri jelajah ini akan mendapat hadiah eksklusif.
Kempen jualan Sedanza telah mendapat sambutan menggalakkan dengan Jetta Comfortline hampir habis dijual. Berikut adalah senarai kadar faedah bagi model-model yang ditawarkan:
Model | Kadar Faedah | Penyelenggaraan | Rebat |
Vento 1.6 | Dari 0.28% | 5 tahun percuma | RM10,000 |
Vento 1.2 | Dari 0.28% | 5 tahun percuma | RM7,000 |
Jetta Comfortline | Dari 0.88% | 5 tahun percuma | RM10,000 |
Jetta Highline | – | – | RM8,000 |
Passat 1.8 | Dari 0.88% | 5 tahun percuma | RM15,000 |
Passat 2.0 | Dari 0.88% | 5 tahun percuma | – |
No Comment