Terlalu Sikit, Terlalu Lambat … .. Kejatuhan Empayar Kereta Diesel Di Eropah
Pengeluar kereta mengambil langkah untuk membersihkan diesel mereka. Daimler’s Mercedes-Benz menghabiskan 3 bilion euro untuk membangunkan sebuah keluarga baru 4 dan 6 silinder diesel yang mampu mengurangkan pelepasan NO2 di jalanan. Menjelang akhir tahun 2019, kira-kira 80% daripada semua diesel baru yang dijual di Jerman akan dilengkapi pengubah selective catalytic reduction (SCR), yang merupakan sistem ekzos selepas rawatan yang paling mahal di pasaran. Akan tetapi, bertindak sekarang mungkin terlalu kecil, terlalu lambat. Perubahan sudah bermula di depan mata mereka sendiri.
Dalam tempoh 6 bulan pertama 2017, kadar penembusan bagi diesel di armada kereta Eropah menurun kepada 45.3% daripada 49.4% dalam tempoh yang sama tahun lepas. Ia adalah bahagian terendah dan penurunan terpantas untuk diesel sejak tahun 2009. Menjelang akhir tahun ini angka dikatakan lebih rendah kerana lebih ramai pembeli kereta Eropah memilih lebih kenderaan petrol, elektrik dan hibrid dan menghindar dari kenderaan diesel.
No Comment