Berita Auto

Touch ‘n Go mendapat pengiktirafan di Kongres Dunia ITS

Touch ‘n Go Sdn. Bhd. (TNGSB) telah menerima pengiktirafan global apabila menenangi Anugerah ‘Hall of Fame’ Industri bagi Rantau Asia Pasifik di Kongres Dunia ITS 2017 semalam.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pada setiap tahun, ‘Hall of Fame’ Kongres Dunia ITS memilih dan mengiktiraf pencapaian tertinggi dari benua Amerika, Eropah dan Asia Pasifik dari komuniti pengangkutan berteknologi tinggi merentas Industri, Kerajaan Tempatan termasuk Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.

Pemenang kategori dipilih dari pelbagai rantau berdasarkan kriteria bercirikan kecemerlangan industri dan prestasi dalam landskap teknologi untuk pengangkutan.

Menerima anugerah tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif TNGSB Syahrunizam Samsudin yang menerajui Touch ‘n Go semenjak dua tahun lalu berlatarbelakang bidang kewangan dan IT dan menggenggam visi untuk memimpin Touch ‘n Go menjadi syarikat FinTech yang unggul dalam tempoh 12 bulan akan datang.

23131782_1715685975109090_8958587756081459448_n

Di Kongres Dunia semalam, Syahrunizam juga mempersembahkan kepada hadirin global mengenai visi Touch ‘n Go untuk masa depan dengan tajuk pembentangan ‘Mobiliti Bandar didokongi Sistem Pembayaran Digital Baru.’

Mengikut definisi, sistem pengangkutan pintar (ITS) adalah teknologi, aplikasi atau platform yang meningkatkan kualiti pengangkutan atau aplikasi serta sistem yang memantau, mengurus atau meningkatkan mutu pengangkutan.

Previous post

Porsche 911 GT3 Baharu. Dibina Untuk Kedua-dua Jalan & Juga Trek

Next post

Kutipan Tol di Batu Tiga, Bukit Kayu Hitam & Eastern Dispersal Link Dimansuhkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *