Toyota FT-AC bakal muncul di LA Auto Show
Toyota telah mengeluarkan satu foto ‘teaser’ bagi kenderaan konsep terbarunya yang digelar sebagai FT-AC yang bermaksud ‘Future Toyota Adventure Concept’. Kenderaan itu bakal membuat kemunculan pertamanya di Los Angeles Auto Show pada 30 November ini.
Setakat ini, tidak banyak maklumat mengenai model ini didedahkan, namun jika dilihat pada nama dan foto yang diberi, ia mungkin sebuah SUV lasak yang dibina untuk aktiviti ‘off-road’.
Selain daripada lampu hadapan yang kelihatan garang, kenderaan konsep ini juga mempunyai dua set lampu LED iaitu satu pada bumbung, dan satu pada bampar. Fender agresif yang menjadi kebiasaan bagi kenderaan-kenderaan ‘off-road’ juga boleh dilihat dengan jelas.
FT-AC akan menjadi kenderaan ‘off-road’ konsep kedua yang diperkenalkan oleh Toyota pada tahun ini selepas model FT-4X di New York Motor Show pada bulan April lalu.
No Comment