Toyota Harrier buat kemunculan di Malaysia Autoshow 2017
UMW Toyota Motor akan mempamerkan lapan model Toyota di Malaysia Autoshow 2017 yang diadakan di MAEPS, Serdang dari 9 hingga 12 November.
Acara kemuncak adalah pelancaran Harrier baharu yang akan dijual bermula 2018, disusuli dengan dua avarian C-HR spesifikasi tempatan yang akan dijual pada tahun sama.
Harrier versi CBU Jepun ini dilengkapi dengan enjin petrol turbo 2.0 liter dengan teknologi D-4ST dan VVT-iW. Ia boleh didapati dalam dua varian iaitu Luxury dan Premium. Kedua-duanya menampilkan teknologi keselamatan Toyota Safety Sense (TSS).
Harrier akan dilancarkan secara rasmi pada tarikh lain tetapi pelanggan boleh membuat tempahan bermula hari ini. Harga bermula dari RM238,000.
Turut dipamerkan adalah Innova 2.0X, Vios SE dan kereta lumba Vios Challenge, yang digunakan dalam siri perlumbaan ‘one-make’ yang akan memasuki pusingan kedua pada 25 dan 26 November ini, bertempat di MAEPS.
Peminat off-road pula boleh menguji keupayaan Hilux dan Fortuner di tapak demonstrasi yang disediakan khas.
No Comment