Triumph Tiger 800 dan 1200 dipertingkatkan bagi 2018
Triumph telah memperkenalkan barisan model Tiger 800 dan 1200 bagi tahun 2018 di pertunjukan motosikal EICMA di Milan, Itali.
Selain daripada rekaan yang diperbaharui, motosikal ‘adventure’ itu telah dipertingkatkan dari segi mekanikal dan teknologi, menjadikannya lebih baik sama ada di atas jalan atau ‘off-road’.
Ditawarkan dalam varian XR dan XC, Tiger 800 menampilkan lebih 200 penambahbaikan pada casis dan enjin:
Keupayaan ‘off-road’ dan keselesaan dipertingkatkan
- enjin Triple lebih responsif
- nisbah gear pertama lebih pendek
- penyenyap lebih ringan dan lawas
- bunyi ekzos lebih garang
- enam mod tunggangan termasuk Off-Road Pro
- skrin boleh laras lima kedudukan
Teknologi baharu
- Instrumen TFT warna
- lampu LED
- kawalan ‘joystick’
- Cruise Control yang dipertingkatkan
Enjin dikemaskinikan
- enjin 800 cc menghasilkan 95 PS
- sistem ekzos lebih ringan
- nisbah gear pertama lebih pendek untuk cengkaman serta pecutan
Tahap kemasan dan perincian lebih tinggi
- lencana, grafik dan perincian baharu
- pilihan warna baharu
Sementara itu, Tiger 1200 menerima kira-kira 100 penambahbaik berbanding model generasi terdahulu. Ia boleh didapati dalam varian XR untuk tunggangan di atas jalan dan ‘off-road’ dan XC yang dibina khas untuk tunggangan agresif:
Lebih ringan
- 10 kg lebih ringan berbanding sebelum ini
- berat dikurangkan menerusi bahagian enjin, casis dan komponen ekzos
- memberikan pengendalian lebih baik
Lebih berkebolehan untuk pelbagai jenis jalan
- enjin 1,200 cc menghasilkan 141 PS
- ciri ergonomik dan keselesaan penunggang turut menerima penambahbaikan
Tahap teknologi tertinggi bagi model Tiger
- Adaptive Cornering Lighting
- instrumen TFT warna
- lampu LED
- Enam mod tunggangan termasuk Off-Road Pro
- Shift Assist untuk penukaran gear tanpa menggunakan klac
- ciri ‘Keyless Ignition’
- Cruise Control yang dipertingkatkan
Gaya ‘Tiger’ lebih menyerlah
- badan motosikal premium
- roda tempaan dan jejari
- lencana tangki minyak dan panel sisi metalik
- grafik kontemporari
- pilihan warna baharu
No Comment