Berita Auto

VIDEO: Ngauman Lamborghini Urus

Lamborghini telah mengeluarkan beberapa video teaser bagi SUV mereka yang akan datang iaitu Urus. Video terbaru ini menjelaskan tentang DNA model itu dan apa yang membuatkannya sebuah Lamborghini sejati.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut ketua pegawai teknikal Lamborghini, Maurizio Reggiani, selain daripada reka bentuk, bunyi turut memainkan peranan penting dalam pembangunan Urus.

Seperti model-model Lamborghini yang lain, tahap kekuatan bunyi ekzos Urus boleh diselaraskan menerusi tiga mod pemanduan yang ditawarkan iaitu Strada, Sport dan Corsa. Strada memberikan bunyi yang elegan, manakala Sport dan Corsa menghasilkan ‘ngauman’ garang untuk pengalaman memandu yang lebih mengagumkan.

Setakat ini, Lamborghini masih belum mendedahkan perincian tentang enjin, namun Urus dilaporkan mempunyai enjin V8 dwi-turbo yang menghasilkan 650 hp.

 

Previous post

Rumah Baharu McLaren Cars Dengan Sunway Group

Next post

Kempen Pemasaran Volkswagen T-Roc Bermula Dengan Video Dan Poster

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *