Yamaha NMAX kini dalam warna biru dan kelabu
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan bahawa Yamaha NMAX boleh didapati dalam dua warna baru iaitu hitam dan biru bermula minggu ini. Pengeluaran bagi warna-warna terdahulu iaitu merah dan kelabu dihentikan.
Model skuter itu mengekalkan enjin BlueCore 155 cc silinder tunggal dengan kuasa sebanyak 14.8 hp pada 8,000 rpm dan 14.4 Nm pada 6,000 rpm. Ia dilengkapi dengan tangki minyak 6.6 liter, serta lampu LED depan dan belakang.
Syarikat itu juga mengesahkan yang harga NMAX dikekalkan pada RM8,812 termasuk GST.
No Comment