12 unit Volkswagen Beetle edisi terhad habis dijual dalam 20 minit
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mencatat sejarah apabila kesemua 12 unit Beetle edisi terhad yang dijual di laman web Lazada Malaysia disambar pelanggan dalam masa 20 minit.
Dijual pada harga RM112,112, unit pertama dijual dalam masa hanya 26 saat selepas jualan bermula pada tengah malam. Beetle edisi terhad ini adalah sebahagian daripada kempen jualan mega Online Revolution Lazada yang berlangsung dari 12 hingga 14 Disember 2017.
Beetle edisi terhad didatangkan dalam dua rekaan – “Herbie 53” dalam warna putih (Pure White) dan putih perak (White Silver) serta “Hot Bug” yang berwarna merah (Tornado Red).
Pelanggan yang berminat untuk memiliki Beetle ini hanya perlu melayari platform Lazada dan membeli satu Welcome Kit pada harga RM5,000 sebagai yuran tempahan pra-pembayaran.
No Comment