Aiman Motor Performance Sdn Bhd Buka Pusat 4S Pertama di Malaysia
Aiman Motor Performance Sdn Bhd (AMP), peniaga sah Subaru hari ini melancarkan Pusat 4S yang pertama mereka – penyelesaian automotif sehenti yang menyatukan Jualan, Perkhidmatan, Alat Ganti serta Kedai untuk perkhidmatan badan dan cat di bawah satu bumbung untuk semua kereta jenama termasuk kereta super dan premium.
43,560 kaki persegi, AMP 4S Center menawarkan pelanggan perkhidmatan premiumnya dengan penggunaan produk yang dijamin berkualiti dan perkhidmatan terperinci sambil memberi keutamaan kepada keselesaan pelanggan.
Diselia oleh pasukan juruteknik yang terlatih untuk kualiti yang tidak dikompromi, pelanggan boleh menerima kenderaan mereka dalam tempoh 40 minit untuk perkhidmatan biasa termasuk minyak enjin, penapis minyak dan pemeriksaan kereta asas untuk tayar, brek dan di bawah kereta. Pelanggan akan menerima perkhidmatan percuma jika perkhidmatan kereta tidak dapat dihantar dalam masa 40 minit.
No Comment