Hafizh Syahrin sertai SIC Racing musim depan
Desas-desus tentang masa depan pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin akhirnya terjawab apabila Petronas mengesahkan bahawa beliau akan menyertai pasukan Sepang International Circuit (SIC) Racing bagi saingan musim hadapan.
Pelumba berusia 23 tahun yang berasal dari Selangor itu sebelum ini dikhabarkan akan menyertai pasukan yang baru dibentuk iaitu Petronas Sprinta Racing. Hafizh telah berlumba dalam Moto2 bersama pasukan Petronas Raceline Malaysiasejak 2012.
Dalam satu kenyataan rasmi, Petronas akan terus memupuk bakat baharu melalui program akar umbi iaitu Cub Prix dan menerusi kerjasama dengan SIC dalam kejuaraan Moto3 melalui pasukan Petronas Sprinta Racing.
No Comment