Harga Honda RC213V-S? Lebih Dari RM1 Juta
Boon Siew Honda (BSH) menganjurkan sesi khas akhir tahun untuk ahli media menunggang uji motosikal yang sangat sangat sangat mahal mereka.
Honda RC213V-S di Litar Antarabangsa Sepang.
Harga lebih dari RM1 juta.
Hanya 250 unit dibina.
Setakat ini, belum ada unit yang akan datang ke Malaysia.
BSH juga mendedahkan perancangannya ke hadapan untuk 2018 semasa sesi perhimpunan.
BSH telah mengumumkan hasil jualan mereka yang dijangka meningkat 18% berbanding tahun lalu berserta rancangan lineup model 2018. Tahun ini adalah tahun ketiga mereka menganjurkan perhimpunan media sebagai penghargaan terhadap sumbangan media sepanjang tahun. Dan buat pertama kalinya, perhimpunan media Boon Siew Honda ini digandingkan dengan ujian menunggang. Kali ini RC213V-S eksklusif untuk membolehkan media mengalami mesin perlumbaan yang digunakan oleh Juara MotoGP, Marc Marquez dan Dani Pedrosa. Turut hadir ialah Zaqhwan Zaidi dan Khairul Idham Pawi yang telah menamatkan Kejohanan Perlumbaan Jalan Raya Asia (ARRC) dan Moto 2 masing-masing. Diumumkan bahawa Zaqhwan telah dinaikkan pangkat ke All Japan Road Race Championship (JSB1000) dan dia akan berlumba mulai musim tahun depan bulan April nanti.
No Comment