Honda akan pamer CR-V Custom Concept dan pelbagai lagi di Tokyo Auto Salon 2018
Seperti tahun-tahun sebelumnya, acara Tokyo Auto Salon 2018 yang akan berlangsung pada Januari nanti bakal menampilkan kenderaan-kenderaan menarik dari pelbagai pengeluar.
Honda bakal memperkenalkan barisan yang merangkumi kereta konsep, model pengeluaran serta jentera lumba. Antaranya adalah CR-V Custom Concept yang tampil lebih sporty dengan gabungan warna putih dan hitam.
Selain itu, Jade RS Custom Concept, STEP WGN dan S660 versi Modulo X, Mugen RC 20 GT, Civic Type R, NSX dan pelbagai jentera lumba seperti NSX GT3, Dallara DW12 IndyCar dan Civic TCR turut akan dipamerkan.
No Comment