Honda CBR500R, CB500F dan CB500X versi 2018
Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan CBR500R, CB500F dan CB500X versi 2018 yang menampilkan pilihan warna dan grafik baharu.
Model sports CBR500R kini boleh didapati dalam Pearl Metalloid White (putih), Standard Grand Prix Red (merah) dan Graphite Black (hitam), manakala model naked CB500F kini dalam warna Force Silver Metallic (perak), Candy Chromosphere Red (merah) dan Candy Caribbean Blue Sea (biru). CB500X mempunyai pilihan warna yang sama dengan CB500F kecuali warna Matte Gunpowder Black Metallic (hitam) yang menggantikan Candy Carribean Blue Sea.
Menjana ketiga-tiga motosikal ini adalah enjin silinder kembar selari (parallel twin) berkapasiti 471 cc yang menghasilkan 49.6 hp pada 8,500 rpm dan 44 Nm tork pada 7,000 rpm. Transmisi enam kelajuan ditugaskan menghantar kuasa ke roda belakang menerusi klac basah. Siri CB juga mempunyai fork hadapan teleskopik dan suspensi belakang Pro-Link.
CBR500R dijual pada harga RM31,681 bagi versi standard dan RM35,179 bagi versi ABS, sementara CB500F pula berharga RM31,363 (standard) dan RM34,861 (ABS). CB500X berada di atas senarai dengan harga RM31,893 (standard) dan RM35,391 (ABS).
No Comment